dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

28 December 2008

Info Mengejut

Kepada kekawan yang bercuti tu dan berminat nak beli souviner teman nak bagi tau le yang saiz baju teman ni XXL atau XXXL.

Sekian.

Terima kasih.

p/s : leman3suku pi Bali tak bagi tau kekawan. Dah sampai baru nak sms teman. Ngancuk betoi.

pengat pilihan dugong

PENGAT PISANG


Bahan-Bahan

1 sisir pisang abu/awak/nangka atau
3 biji pisang tanduk
1 biji kelapa (ambil santan 2 cawan pekat, 4 cwn cair)
1/2 cawan gula pasir +gula merahn jika suka(secukup rasa)
sedikit garam.
daun pandan
4 sudu makan sagu biji

Cara Memasak

1. Potong pisang ikut pilihan hati.
2. Panaskan santan cair bersama daun pandan. Masukkan pisang dan kacau sehingga nampak pisang agak kembang sedikit.
3. Masukkan gula dan garam seckup rasa.
4.Basuh sagu biji dan campurkan kedalam bubur. Masak sehingga nampak sagu menajadi jernih.
5. Angkat dan hidangkan

Zaman Berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Just a joke...

Pelatih Baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Still ok

One menteri say....

'Our country is still ok..."

'No recession ...'

'No problem...'

But....

Yang nih aper hal...

Yang nih lak camne....

Masih ok ker En Menteri???

Wanted - - - - - -> A girlfriend........

Sian teman nengok brader Tam nih...
20 tahun woo dia bujang...
Kome nengok tu...
Monyok jer rupernyer...
Sedih tiada lagu punyer...
So kepada semua...
Cari-2kan lah awek tuk brader Tam nih...
Kut-kut bleh menyambung balik legasi dia...

Hik hik hik....

News here...

Sayangkan Parti

Jika anda seorang kontraktor...
Dan anda sayangkan parti anda...
Terutama parti timbang-2 nih...
Sila baca dahulu di sini dan di sini...
Baru anda buat keputusan...
Kalau idak...
Naya aja...

heh heh heh....

King of Beggar


News Profession with High Income per day...
Bleh try kalau nak...
Kalau kene tangkap macam nih pun takper...
Setahun keroje dah bleh buat rumah wo...

Makin Susah Hati

Teman rasa ler...
Makin susah hati la rakyat di KT nun...

Cerita terbaru, lagi rasuah untuk rakyat Terengganu...
Deme peruntukkan pulak 10 juta untuk lapangan trobang kome...
Senang nak pegi haji kater deme...

Yang best tu...
Buat peronjang aper deme gi Haji kat Terengganu...
Sedangkan semua urusan haji bakal dipindahkan...
Dari Kelana Jaya ke bangunan baru yang bakal di buat...
Berdekatan dengan KLIA...
Idak ke pelik kome dengor nyer...

Udah-2 la kome menipu rakyat...
Yang kat sini udah bertahun kome tak terlayan...
Kome suruh KERAjaan negeri lak nipu rakyat...
Udah-udah la tu...

Bukan teman nak kempen untuk Pakatan Rakyat di KT...
Tapi teman seru la...
Kome pikior la bebetui...
Zaman dah makin maju...
Jangan lagi bior pikiran kome tu...
Disempitkan lagi ng rete mende...
Yang sebetuinyer meng'Kayer'kan...
Puak-2 deme jer...
Pikior untuk masa depan...

p/s kalau nak test deme nih benor-2 nak tolon...
jangan pangkah deme...
baru kome tahu deme telus ke idak

Kalau ikut kan

Nak buat bleh...
Tak kisah pun kalau kene pasang dan pakai...
Tapi biar la cara pelaksanaan tu elok-2...
Jangan membunuh rakyat...
Sebelum rakyat membunuh diri deme sendiri...
Ini idak...
Terus bunuh kasi mati...
Lanjut kan tempoh pemasangan...
Kalau kene bayaran untuk pasang...
Sediakan harga siling untuk harga pemasangan tersebut...
Atau offer pemasangan percuma kat JPJ atau Puspakom...
Kan membantu rakyat namernyer tu...

Hudud lagi


Gamaknyer Dato' Samy tak mau lepak-2 macam deme nih kut...
Tu pasai dia bercakap...
Jangan riso dato'...
Bleh baca sini... kasi senang lu punya hati...
Heh heh heh....