dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

30 December 2008

Isu oh Isu

keris kate bulan tak de isu
padahel melambak kalo nak dijadikan satu

perlu ke isu dalam setiap pilihanraya
bukan ke cukup dengan visi dan misi parti sebagai landasan

perlu ke diaib kemaluan lawan
hanya sekadar mahukan isu

cukuplah dengan KEARAH NEGARA KEBAJIKAN sebagai isu
ianya nampak jauh melangkaui WAWASAN 2020

cukuplah dengan pelan NEGARA KEBAJIKAN sebagai landasan
berbanding limpahan wang atau peruntukan dalam membeli undi

percaya le dengan pengundi
deme sekarang sudah bijak
bijak menilai
bijak memilih
bijak mengundi
bijak menganalisis

UNDI DENGAN BIJAK

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.

Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Yang Dipertua Negeri Sembilan


Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Baginda dimasyhurkan sebagai
Yang Dipertua Negeri Sembilan
Yang baru menggantikan
Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman
Yang mangkat pada 27 Disember 2008 yang lalu

Semoga baginda Tuanku akan mentadbir negeri dengan seadilnya

Al-Fatihah


Rasanyer semua dah tahu tentang kemangkatan...
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan...
Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman...

Bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda hormat...

Teman hanya berdoa agar roh Tuanku dicucuri rahmat...
Dan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman...

Al Fatihah...........

Just a joke...

I'm sorry

Seorang gadis yang Englishnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Keazaman Yang Jitu

Hari adalah hari kedua dalam tahun Hijrah 1429...

Teman belum pernah berazam sempena tahun Hijrah...

Mungkin sebab teman, hamba yang marhean nih...
Sering terlupa akan kewujudan tahun sebegini indah...
Yang harinya dikira berpanduan gerakan bulan purnama...
Yang menghiasai angkasaraya...
Bila malam mula menjelma...

Tetapi buat pertama kalinyer...

Teman berazam sempena tahun Hijrah...

Teman akan terus berjuang...
Dengan sekeping 'keyboard'...
Dan perhubungan talian 'streamyx'

Mendedahkan keburukan...
Mengindahkan kebaikan...

Menulis demi bangsa yang pertiwi...
Menulis demi agama yang dianuti...
dan
Menulis demi negara yang dicintai...

TAKBIR....

Akhir-akhir ini

Banyak betui peristiwa yang berlaku dalam 2 hingga 3 hari nih...
Oleh kerana ramai krew-2 anje online takder di base station...
Maka update ke blog agak kureng...
Kembang ng Arif ader kat kampung...
Meramas-mesras setelah lama tak berjumpa...
Kuda laut tengah melawan sedut-sedut dengan cendol-2nyer...
Peihong pulak cuti-cuti perak...
Leman... Bro baju teman saiz 5XL... (Belikan HardRock Bali tau)
Teman.......................
Sibuk melawan laptop penin...
Maleh nak citer sebab pening jer yang ade...

COMING...

  • Kemangkatan Yang Dipertuan N.9
  • Pemasyhuran Tuanku Muhriz
  • Serangan Israel
  • Sambutan Maal Hijrah dan mcm lagi...
So...

Kome tunggu jer la deme nih balik keroje...
Teman nak zzzZZZzzzZZZzzz jab...

update..

xtau nk tulis aper..
dah penat..
nk wat assignment plak.
huhuhuhu...