dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

31 December 2008

tazkirah akhir tahun

Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan!
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillahwaktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillahwaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menujukebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yangmenggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuathidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilaikeberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

ingatan buat teman

Teman,

Mungkin sekali kita leka..
Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'Ooopps' mendahuui 'Ya Allah'..

Bila perut kenyang..
Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah'..

Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'..

Bila dikunjungi berita malang..
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana
Kita lupa kepada kalimah..
Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun..

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah..

Agar biala Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara.

My friend New Years Resolutions

This year, I resolve to:

Always replace the gas nozzle
Before driving away from the pump.


I will try to drive closer to the speed limit.


I will keep an extra safe distance when driving behind police cars.


I will no longer park the BMW next to fire hydrants.


I will stop buying useless stuff


I will try to drive more carefully

hehehehehehehehe....

that was my friend resolution...
MINE???
1st n foremost...
Avoid to see him...
'Kang tak pasai-2 kene langgor'

viagra

Seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!.

Roti Canai

sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya
sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.

Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.

Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.

Jari

Sesungguhnya alam semesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.
Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.

Mari kita mula permainan ini.

1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.

3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …

Kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.

Auto Teller Machine

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no. Pin anda di mesin ATM secara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang digunakan disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.

Selain dari itu ATM seperti dibawah juga perlu dielakkan.

Banduan yang cerodik

Ada seorang Bapa, menulis surat ke anaknya yang ada di Penjara kerana dituduh terlibat dalam gerakan pengganas (macam Al-Qaeda).

Bunyinya: "Anakku, bapakmu ini dah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak bantu bapak mencangkul kat kebun jagung ini?"

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul kat kebun tu, saya ada tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu dibaca dahulu oleh warden penjara, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu platoon tentera ke rumah bapaknyer.

Tanpa banyak cakap mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, si bapak tulis surat kembali ke anaknya.

"Anakku, setelah bapak terima suratmu, datang satu platoon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak membalas surat tersebut, "Sekarang bapak boleh mula tanam jagung, kan kebun dah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa ucap terima kasih dengan mereka."

Warden penjara yang membaca surat ini langsung pengsan.

p/s translated from indonesia

Budu oh budu


Bahan-bahan ( ikut suke ler )

  • Budu (cap apa2 pun takpe)
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 5 biji cili padi (dipotong halus)
  • Buah mangga muda (dipotong/diracik halus2)
  • Sedikit air masak
  • Sedikit Pak Aji (kalo tak letak pun takpe)

Cara-cara

  1. Masukkan sume bahan2 tadi ke dalam mangkuk yg sesuai saiznye.
  2. Bolehlah dimakan sebagai penambah selera. Kalo dihidangkan dengan kuah ikan singgang, mesti masyuk punye! Cicah dgn ulam-ulaman pun sodap!!


Kenapa budu lak hari nih...

Baca di sini dan di sini...

Sebab bulan depan nak gi Kelantan dan Terengganu...

Keh keh keh...

Lost of respect


Semasa demam pilihanraya di US dulu, teman tak berapa monitor sangat perkembangan disana. Bila teman mula bergiat aktif dalam bloggig nih, teman mula ikuti up to-date news, berkenaan isu-isu di Malaysia khususnya dan Dunia pada amnyer...

Dengan motto kempen President oleh Obama 'Change can happen' telah berjaya menjulang dia ke takhta White House...

Terbaru kita digegarkan kembali dengan serangan Israel terhadap puak Hamas yang sebelum ini membedil sempadan Israel. Tentera Israel tanpa belas membalas serangan tersebut terhadap bandar dan orang awam... wanita dan kanak-2 menjadi mangsa pengeboman tanpa hati perut oleh tentera Israel...

Sebenarnye isu nih dah lama... macam dah tiada penghujungnyer... cuma yang menarik perhatian teman, apakah pendirian Obama terhadap serangan terbaru Israel terhadap bumi Palestin...

Teman terus menggali telaga ilmu tanpa batasan nih (internet) dan berjumpa beberapa isu yang menarik... untuk pengetahuan semua, Barack Obama sekarang sedang bercuti dengan keluarga di Hawaii... Namun berkater Obama kepada Condoleezza Rice yang dia akan sentiasa 'keep in touch' dengan White House untuk mengetahui perkembangan terbaru...

Semakin teman menggali semakin terasa yang Motto Kempen Presiden Obama dulu lebih kurang sama macam Piala Presiden kt Malaysia nih... takder perbezaan dengan keadaan dahulu... Sembang jer lebih...

Obama dalam 'statement' dia di sini menyatakan pendiriannya terhadap Israel... Menyokong apa jua tindakan Israel terhadap musuh-2nya... 'Statement' dari White House semasa ketiadaan Obama juga pro kepada Israel... oleh yang demikian... dimana perubahan yang cuba dibawa oleh Obama dahulu semasa kempennya... setakat tukor dan menerima perbezaan warna kulit... dan bersepah mat salleh kawin ng negro...

Pencarian teman terhadap pendirian Obama terhadap Israel masih belum selesai... kerana dia tengah syok 'sun bathing' kat Hawaii tu... walaupun 'my respect' kat Obama dah mula menurun... Teman masih lagi menunggu pernyataan penuh dari mulut Obama... Teman masih mengharapkan suatu kenyataan berbeza keluar dari White House...

Hentikanlah Kekejaman... Berundinglah dengan baik... Biarkan bumi Palestin kecapi keamanan yang sejagat...

Bahan bacaan tambahan...
di sini
di sini
di sini
dan
di sini....

Andai ku mampu

Sesungguhnye... andai diri yang marhean ini mampu... untuk mencari dan mintak dari MAT MONGGOL menalah ini di samping bantuan teman dan ke Palestin untuk membantu deme si lahanat Israel tu...

Lu Jaga Ha.....

Just a joke...

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

Biskut dan mime artis

Dia ni memang biskut le
Kejap ada kejap takde
dekat pilihanraya baru ada
abih pilihanraya hilang entah kemana
bak anjing mencawat ekor
jalannya mengiring menanggung malu

Dia yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan
ialah Ezam the 6 Boxes Man

La ni dia muncul lagi
sempena p36
memperjuangkan keris
yang pernah diumpat dan dimakinya dulu

dia terlupe gamaknya
yang keris ni suka menikam
kalo tikam pihak lawan tak pa jugak
tapi malangnya keris ni jenis makan tuan
asyik nak tikam dada sendiri

apa nak buat melayu mudah lupa
lupa asal usul
lupa yang dia ni dulu meludah kahak
dan lupa yang dia ni menjilat kembali kahak ludahnya

cakap orang macam dia ni
usah kata masuk telinga kiri keluar telinga kanan
nak bagi masuk dalam telinga pun tak berbaloi
buat rugi je gegendang menerima decibel suaranya
buat rugi otak je mentafsir percakapannya

kalo tak nak rugi abaikan badut ni
anggap badut ni seperti mime artis
tanpa penonton dia akan tetap beraksi
penyudahnya dia akan penat sendiri

Cuma Lakaran Kasar

ini cuma lakaran kasar teman jerrr..
guna PAINT..
hehehehehe..amacam..blh d komersil kan ke idak..?
apa yg kurang n apa yg perlu d tambah..