dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

17 January 2009

5 jam setengah

ada lagi lima jam setengah sebelum pintu pusat mengundi dibuka...

ada lagi lima jam setengah sebelum pengundi p36 memilih wakil baru mereka

lena ke tidur

indah ke mimpi

PILIH DENGAN BIJAK
UNDI DENGAN WARAS

No comments:

Post a Comment