dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 January 2009

Akta dan Peraturan yang ada di SPR

Teman cuma qoute daripada laman SPR tentang Akta dan Peraturan Pilihanraya...

Apa itu tempoh berkempen...???

Di bawah AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 Bahagian 1, menyatakan:

“tempoh berkempen”, berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya tempoh mana-mana calon atau ejen pilihan rayanya dibenarkan mengadakan kempen pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya calon itu, iaitu tempoh yang bermula dari masa pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan di dalam bahagian piihan raya yang baginya dia dilantik dan berakhir apabila tamat hari sebelum hari mengundi.

Di bawah akta yang sama di bahagian 4 menyatakan:

Kempen pilihan raya dan batasan mengenainya

24B.

(1) Tertaluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh mengadakan kempen pilihan raya semasa tempoh berkempen.

(2) Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan pejabat-pejabat di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi maksud kempennya dalam sesuatu pilihan raya.

(3)Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen:

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka; atau

(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka, di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

(4) seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia:

(a) memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihan Raya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihan Raya Negeri itu; dan

(b) telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.

(5) Apabila diterima deposit di bawah subseksyen (4), Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah memperlakukan wang yang dibayar sedemikian mengikut peraturan kewangan Kerajaan yang semasa.

(6) Tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan, bahan kempen pilihan raya termasuklah apa-apa iklan, risalah, brosur, bendera, panji-panji, sepanduk, tetunggul, poster, pelekat, surat sebaran, label atau apa-apa bentuk papan iklan sementara.

(7) Tiada seorang pun boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan atau melekatkan apa-apa bahan kempen pilihan raya dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi.

(8) Apa-apa bahan kempen piihan raya yang dipamerkan atau dilekatkan hendaklah dibersihkan oleh seseorang calon atau ejen piihan rayanya dalam masa empat belas hari selepas hari mengundi dan jika calon itu atau ejen pilihan rayanya tidak mematuhi subseksyen ini:

(a) deposit yang dibayar menurut subseksyen (4) hendaklah dilucuthakkan dan dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan; dan

(b) Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah menyebabkan dibersihkan segala bahan itu dalam masa yang munasabah dan kos pembersihan bahan itu hendaklah dibayar daripada jumlah wang yang dilucuthakkan di bawan perenggan (a).

(9) Jika kos pemberishan bahan yang disebut dalam perenggan (8) (b) melebihi depesit yang dilucuthakkan di bawah perenggan (8) (a), perbezaannya hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh calon itu kepada Kerajaan Persekutuan dan boleh didapatkan daripada calon itu dengan sewajarnya.

(10) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4) atau (7) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(11) Sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Manakala dalam Artikel Proses Pilihanraya di Malaysia di nombor 15 menyatakan pula

KEMPEN

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
  • Pengedaran risalah dan surat;
  • Poster;
  • Ceramah tertutup dan ceramah umum;
  • Kempen dari rumah ke rumah.
Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun, calon-calon perlu membayar deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri. Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

So???

No comments:

Post a Comment