dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

11 January 2009

Angkasawan

Sampai sekarang teman masih mengikut perkembangan angkasawan kita tu.

Macam macam hal la timbul
fees ceramah mahal
kereta tak de driver
tak de bodyguard
gaji rm5000
kontrak tamat

pendek kata semuanya perkara negatif

bertambah negatif bila teman masih mencari hasil penyelidikan yang dibuat oleh angkasawan kita tu masa di ISS

bertambah negatif bila teman masih mencari laporan angkasawan kita tu (melalui sumber sumber rahsia)

yang ada hanya biografi. ada dua bahasa (yang teman pernah jumpa). Teman beli satu untuk dihadiahkan kepada anak sedara yang memang meminati angkasawan kita tu. Itu je la. Yang lain lain teman masih mencari.

No comments:

Post a Comment