dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 January 2009

Apakah Kesudahannya????

bumi Palastine terus bermandikan darah..
yang tak berdosa terus menjadi mangsa..
ibu bapa kehilangan anak2..
kanak2 menjadi yatim piatu..
sedangkan negara Islam terus kaku..
pemimpin2 Islam hanya mampu mengutuk..
hanya mampu menangisi..
hanya mampu memboikot..
apakah kesudahannya..
apakah..????

No comments:

Post a Comment