dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 January 2009

asyik deme je

teman baca paper. cerita calon dacing pilihan yang salah
teman baca blog. cerita penceramah nak bolenkan DSAI
teman dengar radio. cerita kontraktor kelas F dapat projek
teman tengok tv. calon dacing senyum nampak taring manakala tangan masih dalam poket

yang tiada cerita buruk calon pakatan rakyat
yang tiada cerita buruk calon bebas

Mengapa diundi calon yang dikatakan pilihan tidak baik?
mengapa diundi calon yang kome sendiri pun tak kenai?
mengapa diundi calon yang akan menjadi timbalan menteri yang akan duduk di KL nanti?

pilihlah dengan bijak

PILIHAN DITANGAN ANDA SEMUA WAHAI PENGUNDI P36

2 comments:

streamyxboy a.k.a 9W2AAA said...

ada baca harakah tak?

kuda_laut said...

harakah..???ada..ada..teman selalu beli..

Post a Comment