dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 January 2009

bila.....

pilihanraya kecil p36 kuala terengganu
diadakan bila wakil rakyatnya mati

bila wakil rakyatnya mati
maka berlaku kekosongan kerusi

bila berlaku kekosongan kerusi
pilihanraya perlu diadakan

bila pilihanraya diadakan
ada calon yang akan bertanding

bila ada calon bertanding
maka akan berlawanlah mereka

bila mereka berlawan
maka akan datanglah bantuan

bila datang bantuan
banyaklah hujanan projek

bila banyak hujanan projek
banyak kontraktor dapat

bila banyak kontraktor dapat
rakyat dapat kemudahan yang telah lama dinantikan

bila rakyat dapat kemudahan yang telah lama dinantikan
maka mereka akan keluar mengundi

bila mereka keluar mengundi
mereka pilih calon p a s

bila mereka pilih calon p a s
calon p a s menang besar

bila calon p a s menang besar
orang kuala terengganu akan gembira

bila orang kuala terengganu gembira
rakyat kawasan parlimen lain kecewa

bila rakyat kawasan parlimen lain kecewa
mereka akan berdoa agar wakil rakyat u m n o mereka mati

bila wakil rakyat u m n o mereka mati
akan ada kekosongan kerusi

bila ada kekosongan kerusi
akan ada pilihanraya

bila.....

SEGALANYA UNTUK MENDAPAT PROJEK DAN
KEMUDAHAN YANG SELAMA INI DINANTI
KUASA DITANGAN ANDA
LAKSANAKAN DENGAN MATANG
AGAR HIDUP MENJADI SENANG

4 comments:

streamyxboy a.k.a 9W2AAA said...

Bila plak la yg ada kat Perak ni yg mati... Lepas pilihan raya 2008 ni memang susah betul nak dapat projek kat perak ni... Peruntukan dah habis kat kereta exco ker? Dapat projek wat surau dah ada lak yg polotikkan surau tu. Nak jer antar surat kat Istana pasal pembinaan surau dipolotikkan...

peihong said...

kalo le kat teluk intan diadakan pilihanraya kecik mau teluk intan dapat 12 flyover.....

mau tegak menara condong tu

ye la nak bagi projek kan

perghhh 12 flyover kat teluk intan?

tak dapek esei bayangkan camno rupo eh toluk intan

kuda_laut said...

bukan la budak streamyx..org dok cite pasai prk kat k.terengganu nu..
peruntukkan kerajaan perak mmg xde..da abis kena kaut sblm pru ari tu..
la ni diorang survive dgn apa yg ada..dlmpada itu kebajikan rakyat x d abaikan..
lagi satu..itu politik..bukan polotik..hehehehehe

peihong said...

cerita projek kat perak ni pun susah jugak kuda

sebab ketelusan kerajan pakatan rakyat perak yang bagi projek tanpa kire orang parti mana....

dapat kat orang pakatan rakyat ok le jugak.... tapi dapat projek kat orang dacing... seleweng le jawapnya....

heehheehehheheeh

Post a Comment