dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 January 2009

bising lebih baik dari diam

kebelakangan ni teman peratikan yang DAP kuat beno bising
macam macam benda la yang dia bising
dari hudud hingga ke disiplin ahli parti gabungan pakatan rakyat

pihak keris apa lagi terus le tumpang sekaki
tembak apa yang patut
siram minyak pada api yang menyala
letak sekam pada bara

semuanya untuk memarakkan suasana

YM seorang kawan kepada teman
apa pendapat teman tentang tu
bukan ke itu tanda kapal nak karam
buat apa duduk dalam kapal yang nak karam

fuh soalan mauts ni
memula teman gelak dulu
HAHAHAHAHA!!! (gelak yang tak genuine sebab gelak yang ditaip)
lepas tu teman sambung

"bio le dap menyalak
at least yang lain tahu apa kehendak deme
bio le dap bising
at least kita boleh bagi baik pakatan kita
bio la dap nak kata apa pun
ini adalah demokrasi
dengan luahan dap tu
at least tak le dap makan hati

semua ni penting dalam membentuk muafakat
mencari persefahaman bukan mudah
bak pasangan pengantin baru
memula kahwin gerenti manyak bising
maklum le dulu duduk sorang
sekarang berdua
lepas tu bertiga
dan seterusnya"

last sekali teman bagi ayat ni

"BIO LE DEME MENYALAK, BISING, KATA APA PUN DARI DIAM DAN MENIKAM DARI BELAKANG SEPERTI PAKATAN DACING."

No comments:

Post a Comment