dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 January 2009

boikot???

gua buka email dapat email boikot
gua buka sms dapat sms boikot
gua buka suratkhabar ada berita boikot
gua buka blog ada tulisan boikot

cerita boikot melanda negara
semua cerita mengenainya
ada yang setuju untuk boikot
ada yang tidak setuju

gua rasa boikot ni tak relevan
kita boikot macam mana pun
palestin masih diserang
israel takkan berhenti sekelip mata
walaupun dunia boikot

gua pernah baca buku
buku mengenai taktikal perang
sebagai penyerang
bukan keberanian yang menjadi kemestian
bukan kecanggihan senjata jadi ukuran

yang penting kemampuan menerima tindakan dunia
tindakan dari segi embargo
tindakan dari segi diplomatik
tindakan dari segi emosi

serangan kali ini bukan yang pertama
malahan ini antara siri siri serangan yang pernah dibuat
dalam setiap siri serangan
semestinya akan ada pembaharuan untuk serangan akan datang
taktikal israel akan berkembang dan makin bersedia

gua rasa israel dah bersedia untuk itu
duit dah dikumpul menimbun
senjata dah canggih
keberanian dah membuak

datanglah embargo ekonomi
datanglah tekanan diplomatik
datanglah usul gencatan
datanglah kutukan dunia

israel dah bersedia
bersedia melancarkan serangan utama
serangan utama yang akan menghilangkan palestin
ya palestin akan hilang di peta dunia

persoalannya
cukupkah dengan boikot
cukupkah dengan derma
cukupkah dengan demonstrasi
cukupkah dengan membakar bendera

No comments:

Post a Comment