dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 January 2009

boikotku

mulutku menjerit lantang
haram jadah israel
laknat israel
celaka israel
tekakku kering dilegakan COCA COLA

tanganku pantas menaip sms
haram jadah israel
laknat israel
celaka israel
smsku dihantar menggunakan NOKIA

mataku melihat gambar mangsa palestin
haram jadah israel
laknat israel
celaka israel
mataku menonton CNN

kakiku penat berarak
haram jadah israel
laknat israel
celaka israel
namun kakiku tidak melecet kerana dilapik TIMBERLAND

mindaku mencipta sajak
haram jadah israel
laknat israel
celaka israel
sajak ditaip menggunakan IBM

akal ku memberontak
haram jadah israel
laknat israel
celaka israel
blogku menggunakan server oleh INTEL

aduhai
aku masih dijajah

nukilan aduhai : leman3suku

No comments:

Post a Comment