dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 January 2009

buat pelaksana dan penegak undang undang

jenguk jenguk le kereta besar bercermin gelap
tengok juga kereta yang beremblemkan MENTERI
jangan lupa usha kereta yang menggunakan warna merah di no pendaftaran
tahan le juga kereta besar dengan pendaftaran single number

jangan asyik melihat penumpang dibelakang sahaja
sedang yang didepan usah kata tali pinggang kaledar
tali pinggang seluar pun tak pakai

jangan asyik melihat kereta rakyat biasa je
sedangkan rakyat luar biasa lupa dimana letaknya tali pinggang kaledar belakang
silap silap yang pakai hanyalah pemandu sahaja

Sebut pasai pemandu
rasanya semua MENTERI guna pemandu
Abih MENTERI yang duduk di belakang tu
pakai ke tali pinggang kaledar?

Tengok, jenguk, lihat

jika perlu SAMAN.

No comments:

Post a Comment