dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

29 January 2009

dari bn ke pkr

Sebagai orang Bota teman memang kagum ngan teman punya ADUN. Teman tau bukan senang nak switch camp. Banyak benda nak kena pikio. sanak saudara, rakan taulan dan penyokong tegar tapi semua tu ADUN teman sanggup tempuhi asalkan rakyat terbela. Fuh bukan senang nak jumpa ADUN macam ni.

Sebenonya ADUN Bota ni dah lama tertekan. Tertekan dengan pilih kasih. Tertekan dengan percaturan politik kroni. Tertekan dengan tikam menikam dalam UMNO Parit. Yang terseksa YB yang jujur memperjuangkan hak rakyat.

Arwah datuk teman pernah cakap "Kalo nak bekerja hati mesti gembira. Baru berkat pekerjaan. Baru tenteram bekerja. Tambahan pula kerja sebagai wakil rakyat. Lagi kena gembira. Baru pekerjaan itu stu keseronokan". Seingat teman setiap kali pilihanraya arwah datuk teman akan berubah ubah parti sokongannya. Kalo ada parti bebas itu memang menjadi kegemaran arwah. Pernah teman bertanya pada kawan kawan arwah mengenai datuk teman tu, memang deme akui yang arwah datuk teman selalu menyokong parti yang kalah. Malahan arwah datuk teman tidak pernah merasa menjulang pemimpin yang menang. Namun begitu arwah tetap orang yang gembira. Tak terasa bila dikutuk, tak berkira bila mintak dibantu dan tak kisah dengan pandangan orang. Mungkin arwah datuk teman gembira dengan pekerjaan yang dilakukan.

Itu sebab teman cukup suka melihat petugas Pakatan Rakyat bekerja. Deme happy dengan tenaga yang dicurahkan. Deme redha bila calon deme kalah. Deme sujud syukur bila calon deme menang. Melihat deme seolah olah melihat semangat arwah datuk teman.

Tiada bayaran satu sen pun! Tiada jawatan yang diingini dari kabinet kerajaan negeri! Yang diinginkan hanyalah ruang untuk YB Dato' Nasharudin berkhidmat untuk rakyat. Jika ianya mengembirakan Insya Allah tuhan akan permudahkan.

Teman akan sentiasa menyokong supaya terus berdiri. Terus menahan dari jatuh. Sedia menyambut selepas melambung.

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

No comments:

Post a Comment