dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 January 2009

gawat dan duit

Dalam keadaan ekonomi yang gawat ni
adalah eluk sekiranya kita mengambil langkah berjimat cermat

tapi lain pula senarionya di Kuala Terengganu
duit yang datang melimpah ruah
projek yang lulus bertalu talu

salam kanan duit
salam kiri duit
genggam bawah projek
genggam atas projek

ini dalam keadaan gawat
atau ekonomi meleset
kalo dalam keadaan ekonomi teguh
ekonomi masyhur
ekonomi mewah
bagaimana pula belanjanya?

nasib baik le pilihanraya kecil
kalau 17 januari ni pilihanraya umum
gerenti Malaysia akan muflis selepas pilihanraya

No comments:

Post a Comment