dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 January 2009

hudud lagi

bila timbul cerita hudud
ramai melenting
ramai menjerit
ramai marah

yang melenting
yang menjerit
yang marah
sebab mereka tidak faham

jadi fahamkan mereka

bila sudah faham
mereka akan terima
mereka akan suka
mereka akan gembira

kerana hudud menjaga
kerana hudud mengawal
kerana hudud melindungi
kerana hudud hukum adil

bila bangsa lain terima
bila bangsa lain mahu
bila bangsa lain faham
bila bangsa lain suka

apa pula kata u m n o

LINK

No comments:

Post a Comment