dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

30 January 2009

Ipoh? Bota?

Sepanjang petang tadi teman dalam dilemma samada nak balik Bota atau tidak malam ni. Dengo khabonye Anwar nak mai Bota Kanan. Nasarudin pun ade. Nizar dah tentu le ade. Dalam dok minda berperang sedo sedo dah pukui 7 malam. Terus batalkan niat nak balik. Gerenti banyak roadblock punya.

Sebenonya teman bukan nak dengo ceramah sangat sebab teman punya info lagi tepat tapi yang teman betoi betoi nak tengok berapa ramai orang UMNO serah borah PKR kat Anwar malam ni. Berapa orang UMNO serah borang PAS kat Nizar. Walaupun kate orang UMNO itu hanya simbolik sahaja bukannya betoi tetapi simbolik itu mengesahkan yang UMNO sudah tiada tempat lagi buat pengundi Bota.

Apa pun malam ni stadium Bakri Rais di Bota Kanan menjadi saksi perjuangan Pakatan Rakyat yang tiada hentinya. Gamaknya penuh le kedai Anje kat Bota Kanan tu malam ni. Agaknya Anwar, Nizar dan Nasarudin pun singgah sekali kut kat kedai anje tu. Roti canainya no 1 YB...

Teman masih di Ipoh. Bertemankan PC buruk teman. Cuba cuba nengok blog kekawan kot kot ada yang buat lintas langsung. Dari jauh teman doakan agar program malam ni berjaya dan perjuangan direstui.

Lawan tetap Lawan

No comments:

Post a Comment