dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 January 2009

ISU Kudis je

ada rakan sms kat teman berkenaan blog anje-online yang dah senyap sunyi. Nak baca post baru pun payah. Sesekali je baru muncul. Harus diingat ini bukan bermakna teman menutup politik dari pandangan teman. Ini tidak mehilangkan politik dari fikiran teman. Bagi teman kekurangan teman menulih sebab keadaan politik negara yang memasuki tempoh bertenang. Bertenang dari isu yang menarik. Yang ada hanya isu remeh temeh atau ISU KUDIS sahaja

Beberapa ISU kudis

YB zahid ada buat statement yang boleh le dikatakan menarik tetapi bagi teman itu isu basi. Tak payah kabo pasai JKKKP tu pun teman dah tau tentang syaratnya. Ini lagi terbukti bila teman pernah diberikan borang pinjaman usahawan dari kementerian luar bandar (mike tyson punya kementerian); dalam borang tersebut ada satu seksyen yang memerlukan tandatangan sokongan dari wakil rakyat tempat projek nak dijalankan. Teman juga dipesan supaya tandatangan ini mesti dari wakil rakyat dacing. Jika kawasan itu milik pakatan rakyat sila jumpa ketua bahagian keris untuk tandatangan. Kalo ketua bahagian sign chances nak approve akan jatuh 30% sebab deme tak nak wakil rakyat pakatan riding on my fully support by dacing project for their political milage.

Statement yab atau yb berkenaan post mortem p36 pun tak menaikkan nafsu teman untuk mengulas. Buang karan je. Keluarkanlah berbagai statement pun namun kenyataannya dacing sudah kalah. Lagi pun teman lagi suka hal parti biarkan ianya di dalam parti.

Hal tanah di Perak pun teman tak nak usik sebab bagi teman bila statement YM Raja Nazrin diputar belitkan membuatkan teman nak muntah membacanya. Tempelak deme kat yb Nizar sebenar tempelak untuk diri deme sendiri. Keris yang dihunus makan diri. Jika sejarah menjadi ukuran sekarang mengapa sejarah tidak diukur semasa berkuasa dahulu. Jika undang undang tanah masih ada kelemahannya mengapa tidak dikaji semasa berkuasa. Jangan dipersoalkan keputusan sekarang. Jangan ditanya tentang keputusan itu sebulat suara atau tidak. Dalam sistem dewan yang ada barisan pemerintah dan pembangkang semestinya agak mustahil (tidak untuk beberapa isu) untuk mendapat majoriti sebulat suara. Jadi inilah demokrasi. Suara majoriti. Suara ramai. Menyalahkan yb nizar seperti menyalahkan pihak istana kerana perlantikan yb nizar sebagai MB Perak mendapat restu istana.

Cerita DAP bukak peluang untuk ulama islam menjadi ahli dan akan dipilih sebagai calon untuk pilihanraya akan datang (pru13) bagi teman pula ini adalah percaturan politik. Kebijaksanaan ketua pakatan yang memastikan bahawa agihan kawasan parlimen atau adun seimbang disamping memastikan bahawa calon parti anchor melebihi dari calon parti parti lain. Mungkin ianya digembar gemburkan dengan baja yang banyak sebab ianya datang dari Pakatan Rakyat. Apa pula senarionya jika MCA turut berbuat demikian?

Insya Allah anje online akan kembali meriah.....

2 comments:

Anonymous said...

wahai yb zahid, kalau begini, sapa pemecah-belah umat melayu sebenarnya? sapa pembela umat islam sebenarnya? sapa yang nafikan hak-hak bangsa sendiri dan kemudian mengagihkan kepada yang tidak berhak sedangkan ini seumpama menghalalkan yang haram?
pembela umat islam konon
pembela umat melayu konon
pembela bangsa konon
harkkkkkkk ptuihhhhhhhhh!!!

peihong said...

fuh nasib baik sempat elak... kalo tak ludah mike tu kena kaki teman.... hehehehee

Anon : welcome to anje-online

selalunya deme akan mengelak untuk jawap soalan soalan mike tu....
kalo tak mengelak pun deme ubah topik...
kalo mike tanye juga ISA la jawapnya hik hik hik

Post a Comment