dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 January 2009

jika pistol?

satu dunia kenal Muntadhar al-Zaidi
cerita keberanian anak arab
cerita dia memalukan polis dunia
cerita balingan kasutnya yang kini berharga USD$10 juta

dari nobody to somebody
dia yang bernama Muntadhar al-Zaidi
video balingannya mendapat penonton yang tinggi
kisah balingannya menjadi idea untuk flash game
keberanian balingannya menjadikan dia hero

bayangkan jika Muntadhar al-Zaidi memiliki senjata api
akan berubahkah senario dunia sekarang

No comments:

Post a Comment