dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

03 January 2009

Just a joke...

Nenek oh nenek

Abu bagitau tunang dier Siti teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Abu kepada neneknya.

Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.

Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

No comments:

Post a Comment