dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

06 January 2009

Just a joke...

Kawin Kerabat

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah....
Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira..
Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil...

Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah...
Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..

"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil...
bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin...?"

Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab..

"Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama
kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul...."

Khairul pun pergi dengan hati yg terluka

No comments:

Post a Comment