dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 January 2009

Kenapa Kereta Kancil Laku...

Nih Citer Lama... Tapi still ever green... So enjoy....

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan Kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan ke hulu-hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datang la sebuah kereta evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" Tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha rosak." Jawap pakcik tu simple aje.

"OK, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol." Mamat nie bagi idea.

"Worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam."

"OK pakcik."

Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanlah dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.

Tiba-tiba ada sebuah Subaru Impreza WRX datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo8. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Subaru nie. Lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo8 tu dah tak sedar
dah angin punya pasal.

Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... Ini dah lebih speed limit nie. Kate polis nie. Cecah 250km/j memasing nie. Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie.

"OVER...OVER, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah Subaru Impreza WRX, sebuah evo8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........
sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo8 tu dan siap bagi hon dan hi beam nak potong!!!

No comments:

Post a Comment