dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 January 2009

Kisah Imam Al-Ghazali

Nak cerita sikit bab Imam Al-Ghazali, walaupun umum tahu yang Imam al Ghazali adalah pakar falsafah dan ilmu, namun sepandai-pandai beliau, ada satu ilmu yang beliau tidak tahu.

Imam Al-Ghazali tak tahu bezakan antara anjing "budak" dan anjing baligh. Dibukanya kitab-kitab tersohor namun tiada apa yang ditemuinya. Akhirnya, seorang pemuda yang duduknya di kaki lima yang mengajar beliau perbezaan di antara kedua-dua anjing itu. Pemuda itu kata, anjing baligh kencing sambil angkat kaki tapi anjing budak tidak.

Sejak hari itu, setiap kali Imam Al Ghazali terserempak dengan pemuda tersebut, beliau akan menunjukkan hormatnya kerana pemuda itu adalah gurunya.

Di suatu ketika, Imam Al Ghazali didatangi perompak yang ingin merompak segala hartanya termasuk kitab-kitabnya. Imam Al Ghazali merayu agar dipulangkan kitab-kitab ilmunya kerana itulah khazanah paling berharga buat beliau. Segala cetusan pemikiran dan ilmunya ada di dalam kitab-kitab tersebut.

Perompak itu dengan sinis mengatakan bahawa Imam Al Ghazali tidaklah hebat sangat kerana tanpa kitab-kitab itu, Imam Al Ghazali adalah "nobody" (arab cakap orang putih oooo). Tersentak Imam Al Ghazali mendengarnya dan semenjak hari itu, beliau menghafal semua isi kandung kitab-kitabnya, dan tindakannya adalah atas nasihat dari perompak!

No comments:

Post a Comment