dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 January 2009

mat rempit

Ada sorang mat rempit ni, dia yatim piatu dan tinggal dengan nenek die. Dia sangat sayangkan nenek dia. Suatu hari, neneknya sakit dan dia nak bawa nenek dia gi klinik.

Mat rempit: Nenek pegang kuat kuat, nanti jatuh.

Nenek: Nenek tahu ler.

Mat rempit: Saye dah nak rempit ni, nenek pegang kuat kuat!!

Nenek: Nenek dah pegang kuat kuat ni, cepatla ke klinik, nenek dah tak tahan sakit ni.

Mat rempit: Ok, nenek pegang kuat kuat yea!

Nenek: Budak ni!!, cepatlah!!

Maka Mat rempit tu pun mula memulas motornya. Tiba tiba... ..

Nenek: Adoiiii!!! Patah pinggang nenek ni cu!!Saketnyaa!!

Mat rempit: Nenek!! Nenek tak apa apa? Kan saya suruh nenek pegang kuat kuat, macam mane boleh jatuh??

Nenek: Nenek dah pegang kuat kuat tadi.

Mat rempit: Nenek pegang kat mana?

Nenek: Kat pagar rumah..

No comments:

Post a Comment