dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 January 2009

Misteri Sebuah Kehilangan

Memandangkan zaman ekonomi yang tidak menentu, tanpa rela ku, aku telah diberhentikan kerja dari sebuah kilang yang aku kerja di Bayan Lepas.

Sememangnya aku tidaklah begitu gusar akan pemberhentian kerja ke atasku kerana keluarga aku mempunyai bisnes sendiri. Mak ayahku adalah peniaga barangan keperluan harian di pasar2 malam sekitar Pulau Pinang. Lantaran kehilangan kerja & masalah mendapatkan kerja baru, dengan bermodalkan wang imbuhan yang aku dapat dari pemberhentian kerja, aku bercadang untuk membantu sahaja mak ayahku berniaga, tambahan aku menjadi malas
untuk makan gaji semula. Lagipun mana ada vacancy untuk orang yang macam aku ni, takat SPM aje.

Dari 1 pasar malam ke 1 pasar malam aku bergerak berniaga setiap malam. Rumahku pula berdekatan dengan 1 tapak pasar malam setiap hari Rabu. Jadi tak banyaklah masalah yang aku hadapi bila tiba hari itu.

Senang aje hal2 nak transport barang berniaga ke tapak gerai tanggung beres ajer. Pada 1 hari Rabu yang tenang seperti biasa sekitar pukul 4 petang aku sudah mula membawa barangan jualan ku ke tapak gerai sambil dibantu oleh mak ayahku. Tapak gerai aku itu jauhnya hanya 20 langkah dari rumah aku. Memang senang banyak ler taklah payah2 drive cuma guna kereta sorong aje. Setelah semuanya beres maka jualan pun bermula.

Entah agaknya hari tu cukup bulan, aku tengok ramainya orang berduyun2 datang shopping, dari tokwan, nenek, pakcik makcik cucu cicit semua ada kat situ. Jualan aku juga tak koman lah lakunya. Wah... seronok aku tengok barang banyak jalan, duit pun banyak masuk.

Tiba2 dengan tidak semena2 aku rasakan perut aku memulas2 ketika proses jual beli sedang rancak berjalan. Tapi masa tu nak tinggalkan gerai nak pi toilet mak ayahku pun sibuk gak.
Aku "tahan ajerlah" kataku dalam hati. Tapi berapa lama boleh tahan? rasa nak tercabut punggung aku menahan sakit perut nak melepas ni so bila aja mak aku datang aku terus kata kat mak aku yang aku nak balik sat sebab ada 'urusan penting'.

Tanpa segan & silu, aku pecut kalahkan Watson Nyambek berlari ke rumah & terus melulu ke toilet & pas tu aku pun 'lepaskan hajat' ler.

Lepas habis melepaskan yang tersangkut kat dalam perut ku sejak tadi lagi tu aku naklah pakai seluar balik. Yalah biasalah spender mesti pakai dulu tapi yang takjub tu spender aku hilang ler. Aku pun tak tau mana aku campak masa bukak nak membuang air tu. Jadi oleh sebab kelam
kabut aku ambik saja spender lain dalam almari & pakai sebab aku tak leh buang masa cari spender yang aku baru pakai tadi sebab customer kat luar tu kan ramai, tak menang tangan mak ayahku. Lepas habis pakai seluar aku pun cargaslah berjalan ke semula ke tapak gerai aku tu.

Tapi masa on the way tu aku tengok banyak mata dok tengok kat aku. Eh apasal ni, semua orang senyum kat aku tapi aku selamba ajelah balas balik senyuman semua orang yang senyum tu. Ada lah lebih kurang 20 orang yang aku selisih sebelum sampai kat gerai aku tu.

Sesampainya saja aku tengok mak aku dok pandang 1 macam kat aku.

"Eh, Jai topi pesen apa yang hang pakai atas kepala tu?".

"Topi ? mana ada mak".

"Tu, cuba hang pegang atas kepala hang tu" mak aku menuding jari ke atas kepala aku. Aku pun pegang ler. Korang tau apa dia? Benda tu adalah seluar kecik aku yang hilang masa aku melepas tu ler......

Aku sangkut kat kepala masa kelam-kabut tadi, lagi pun dalam toilet aku tu tak dak tempat sangkut spender... Adoi, aku tengok berdekah2 orang kat keliling tu gelak kat aku.... Patutlah dari tadi orang dok ushar 1 macam kat aku. Malunya aku rasa macam gelap dunia sat masa tu. Maka hari Rabu berikutnya aku 'ambik off' ler sebab malu nak menghadapi kenyataan.....


Moral of this story : Buat ler penyangkut seluar dalam jamban anda.

No comments:

Post a Comment