dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

06 January 2009

nak apa lagi?

hari hari cerita israel
bunuh sana bunuh sini
tembak sana tembak sini
bom sana bom sini
dok kat front page suratkhabar

tv usah cerita la
siap tayang yang mati
siap interview orang ramai
kutuk israel
kejam israel
sumpah laknat israel

para pemimpin pulak asyik dengan
statement mengutuk
statement mengeji
statement mengata

kata PBB tak bekerja
kutuk US yang bersekonkol
keji israel yang kejam

ITU JE KE?

Ngape tak anto le askar kita ke sana
kan ke kita lengkap dengan senjata
ini le masanya untuk kita tunjukkan jantan ketuanan melayu tu

Nak kapal selam beli kapal selam
nak jet pejuang beli jet pejuang
nak kapal laut banyak kat base Lumut
bila lagi nak pakai senjata yang dibeli tu
tak kan nak bio kan karat je
tak kan nak bio kan rosak
atau jahanam masa latihan je

Ini la masanya nak tunjuk siapa TUAN
kalo TUAN ada telur le

No comments:

Post a Comment