dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

03 January 2009

peluh

kalo kome nak nengok macam macam peluh
disarankan mike pergi jumpa
sesiapa yang duduk dalam SPRM

teman dengo lepas dapat dokumen 60 muka surat
peluh dah merembes keluar

gamaknya dalam SPRM ditenggelami peluh
gerenti ade yang nyesal sebab jadi anggotanya
mana tak nyesal

dari dokumen 60 muka surat tu
macam macam nama naik
dari yang pernah berkuasa hingga lah yang bakal hilang kuasa
ada juga nama dari kalangan mereka yang bakal berkuasa

macam macam kes disebut
dari kes rasuah
sambung ke kes kroni
ada jugak kes kapal selam
tak lupa jugak nama vk linggam
dan terselit kes c4

Ini ujian pertama SPRM
ujian penentu untuk deme ni
dalam membuktikan bahawa seruhanjaya ini
tak sama seperti suruhanjaya lain yang ada

fuh teman yang menaip ni pun berpeluh

2 comments:

dugong_darat said...

peluh kuar ikut bulu kaki...

peihong said...

bila sistem perkumuhan terlebih aktif....

Post a Comment