dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 January 2009

penting ke tak?

dalam limpahan projek kepada kontraktor kelas f
dalam limpahan pembangunan untuk rakyat
b n kata pilihanraya kecil p36 tidak penting
b n kata pilihanraya kecil p36 biasa sahaja

namun begitu
p m datang membantu di masa lapang
t p m pengarah pilihanraya turut berkampung
menteri datang silih berganti

menteri datang bukan kosong
datang dengan 1001 projek
datang merasmi 1001 macam benda
datang berceramah di merata rata

itu baru pilihanraya yang tidak penting
kalau pilihanraya yang penting
mahu putrajaya turut dipindahkan
mahu ibu negara malaysia turut diubah

penting atau tidak pilihanraya kecil p36
kita tunggu 17 januari 2009

No comments:

Post a Comment