dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 January 2009

potik topi tongah menyalo

Teman pernah duduk di Pantai Remis dulu. Masa tu teman sekolah lagi. Ikut parent teman yang kena bertugas disana. lama tak lama pun mau 9 tahun juga teman kat sana. Banyak jugak kenangan teman. Banyak jugak mak angkat teman. Yang paling best banyak jugak aweq teman. heheheheheeh.

Teman masih ingat masa mula mula pindah. Pantai Remis tidak diliputi kemudahan elektrik oleh LLN. Yang ada hanyalah satu syarikat persendirian yang menjana elektrik ke rumah rumah dari generator. Teman pernah pergi syarikat ni dan generator yang digunakan memang besar macam lori 6 tan saiznya. Teman ingat lagi yang parent teman kena bayo 35sen seunit. Bil? hehehehee pakai resit yang beli kat kedai je. Nak jadikan rasmi ada la cop syarikat tu. Dekat setahun jugak la sebelum LLN amik alih pembekalan elektrik kat Pantai Remis.

Dari situ teman menyaksikan perubahan sosio ekonomi Pantai Remis. Maklum la LLN punya tarif murah je. jadi adal duit lebih untuk bebelanja. Dari LLN diswastakan ke TNB pulak pada tahun 1990. Tanpa saingan semestinya TNB makin kukuh. TNB juga turut mewarisi pelan grid nasional yang dimulakan dalam era LLN. 1990 hinggalah sekarang 2009. Campur tolak kali bahagi dah 18 tahun TNB bergerak tanpa saingan. Dah banyak keuntungan.

Tetiba laporan terbaru pada 19 januari mengatakan TNB kerugian bersih RM944.1 juta!!! WOW!!! satu syarikat tiada saingan rugi? Tarif naik pun rugi? Katanya rugi sebab tukaran wang asing? Alo lu miniaga luar negala ka? CEO nya dulu CEO Ranhill Utilities Berhad dan juga CEO SAJ Holding Berhad selain berkhidmat di Renong Group (1992 - 1999), Head of Corporate Finance untuk PLUS dan MD Marak Unggul Sendirian Berhad selain MD untuk KUB (teman tulih sikit sikit je) manakala pengerusinya dulu adalah Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Kalo macam ni punya experience line up pun boleh rugi teman ingat lepas ni banyak lagi syarikat akan rugi. Maklumlah syarikat syarikat lain bukannya ada CEO yang experience macam TNB ni.

Gamaknya doa pekerja bawahan TNB makbul kot. Ye la Chairman, CEO dan top exec dapat naik gaji 100% sedangkan pekerja bawahan? YILEK...

p/s : kalo ditanya pada Donald Trump gerenti dia akan kata,"YOU'RE FIRED"...

No comments:

Post a Comment