dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 January 2009

SALUTE!!! sambungan

sambungan dari post ini

Graduan UTM Penerima PHD Termuda

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda pada Majlis Konvokesyen ke-39 di Johor Bahru. Beliau yang dimaksudkan adalah Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, 25 tahun.

Sharifah Rafidah, anak kedua daripada empat beradik ini dilahirkan pada 10 Oktober 1981 di Bintulu, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan menengah dari 1993-1998 di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Mara Banting, Selangor sehingga 2000. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2003.

Beliau telah diterima menjadi tutor di UTM dan melanjutkan pengajian di universiti itu di peringkat sarjana.Disebabkan pencapaiannya yang cemerlang pada tahun pertama pengajian sarjana, UTM telah bersetuju menaikkan status pengajian beliau ke peringkat PhD pada 2005. Dr Sharifah Rafidah berjaya menamatkan pengajiannya pada Mac 2007.Beliau sudah menerbitkan lima makalah yang terbit dalam jurnal antarabangsa, tiga artikel majalah antarabangsa, satu jurnal kebangsaan, satu majalah kebangsaan, dua persidangan antarabangsa, tiga persidangan kebangsaan dan tiga paten yang difailkan.Sharifah Rafidah juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti perkhidmatan cemerlang 2006 (cuti belajar); Pingat Emas Ekspo IPTA mengenai penyelidikan dan pembangunan 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan MSC-IHL, 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-Mara-MDC, 2005; Pingat Perak Ekspo Sains & Teknologi 2004 dan Pingat Perak Inatex 2004.Sharifah Rafidah kini dilantik sebagai pensyarah kanan (gred DS51). Beliau juga aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan menerusi geran penyelidikan yang diperoleh menerusi dua geran E-sciencefund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dua geran pengkomersialan.

Sesungguhnya pencapaian beliau ini mampu membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri setanding masyarakat antarabangsa dalam bidang akademik. Kejayaan Dr. Sharifah Rafidah telah menaikkan semangat para pelajar di Negara ini untuk mencapai kecemerlangan seperti beliau. Iltizam dan semangat yang ditonjolkan oleh beliau untuk mencapai kecemerlangan ini juga boleh dijadikan motivasi dan iktibar buat seluruh rakyat Malaysia bahawa tidak mustahil untuk mencapai kejayaan kerana “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Syabas buat Dr. Sharifah Rafidah

profile

No comments:

Post a Comment