dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 January 2009

sarapan

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertuliskan "SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.

Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan.

Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini?

"Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga!

"Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut.

Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa?

"Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut.

"Itukan dari 'bontot ayam!" jawab pelayan dengan selamba.

No comments:

Post a Comment