dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 January 2009

tali pinggang kaledar belakang

Terus terang cakap la teman memang tak amik peduli pasai undang undang tali pinggang belakang ni. Sebabnya teman tak de kereta.

Yang menjadi kemusykilan teman ialah family ada 4 orang anak. Parent kat depan dah tentu ada tali pinggang. 4 anak kat belakang macam mana? Setahu teman kar seat belakang ada 3 set tali pinggang kaledar je. Sah la kena saman.

Nak tak nak keluarga yang lebih 5 orang kena pakai MPV.

Atas dasar apa penguatkuasaan undang undang ni? Yang selama hari ni yang depan wajib pakai pun teman nengok payah nak pakai. Apatah lagi bila kat belakang?

Gamaknya penguatkuasaan undang undang ni hanyalah satu propaganda nak lakukan jualan bakal MPV Malaysia oleh Proton kot?

p/s : teman dah prepared surat doktor mengatakan yang teman tak perlu pakai tali pinggang keledar atas sebab sebab kesihatan...

6 comments:

dugong_darat said...

macam kenai jer alasan tu...
hehehehehe...

streamyxboy a.k.a 9W2AAA said...

drive cm teman. dah tentu yg duduk belakang tu pakai tali pinggang keledar nyer... dah banyak kali dah teman peratikan kekawan teman yg naik ngan teman. yg tak pernah pakai pun leh pakai.

dugong_darat said...

teman bukan tak nak pakai pun...
tak muat...
hehehehehe...

peihong said...

kalo atas alasan keselamatan ok... tujuan murni.... takut propaganda untuk melakukan jualan bakal MPV proton tu je...

kuda_laut said...

n takut ada sebab2 tertentu untuk menolong kroni dema..

peihong said...

kite tunggu dan lihat

Post a Comment