dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 January 2009

tik tok tik tok

masa berkempen ada lagi 10 jam

yang nak memberi masih boleh memberi
yang tak boleh senyum masih kena senyum
yang nak merubah masih boleh menyakinkan
yang nak ke rumah masih boleh bertandang
yang nak menabur janji masih boleh menabur
yang nak mendedahkan masih boleh mendedah
yang nak bodohkan diri sendiri masanya masih ada
yang nak cari surat lama masih boleh punggah kotak
yang nak berceramah masih boleh mencari mikrofon

lagi 31 jam semuanya akan terungkai
milik siapa kerisi ini
senyuman siapa paling menarik
pemberian siapa lebih dihargai
dedahan siapa lebih logik
janji siapa lebih dipercayai
ketuanan siapa lebih dihormati

ALLAHHUAKBAR!!!
ALLAHHUAKBAR!!!
ALLAHHUAKBAR!!!

No comments:

Post a Comment