dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 January 2009

ujian

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital .

lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' .

Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum"

lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... "

lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital

No comments:

Post a Comment