dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

24 February 2009

adun ku

tpm ku pernah kata
semua adun kena lawat kawasan
jangan asyik duduk di kerusi empuk
jangan lena di hembus kesejukan aircond

wahai tpm ku,
adun ku tidak lawat kawasan
adun ku adun behrang
adun ku adun changkat jering
adun ku adun jelapan

adun ku kini adun bebas
adun ku kini adun bebas yang sokong bn
adun ke kini adun bebas lepas lompat keluar dari pr

mana tpm ku
dengarlah suara ku
suara rakyat yang merintih dan merayu
supaya adun ku mai melawat kawasan

rupa rupanya
tpm ku tengah berangan kerusi baru
tpm ku tengah berlatih berjalan stail pm baru
tpm ku tengah fitting baju baru

biarkanlah tpm ku dengan kelakunya
ku cuba pula mengadu dengan pm ku

wahai pm ku
dengarlah cerita aku
cerita marhaen yang nak mengadu

lepas berkali kali aku mengadu
pm ku masih lena di bangku
meleleh air liur sampai ke dagu
patutlah pm ku akan hilang bangku

habih kepada siapa harus ku mengadu
tentang adun kawasan ku

wahai adun ku
jika kamu sudah tak laku
berhentilah kamu mewakilkan aku
aku tak perlu adun seperti kamu
nyah kamu dari hidup ku
nyah kamu dari hidup ku
nyah kamu dari hidup ku
nyah kamu dari hidup ku

nukilan merepek pagi hari - peihong

No comments:

Post a Comment