dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 February 2009

bila hal senang disusahkan

Keadaan politik Perak yang panas kebelakangan ini sepatutnya tidak perlu berlaku jika hal yang senang dipermudahkan.

Bila yang senang tu dipersusahkan maka jadi le seperti sekarang ni.

nak kata hang government Perak ada MB.
bukan satu tapi 2 orang MB

Nak kata BN take over
Kerajaan PR masih wujud

kalo dalam chess game dikira stalemate
masing masing tak boleh bergerak dan akan dikira seri

tapi itu chess
ini kerajaan
perbezaannya nyata

Jadi pandangan teman elukle permudahkan apa yang senang tu
Mohon DYMM Sultan Perak perkenan sidang DUN tergempar untuk satu usul undi tidak percaya kepada kerajaan PR sekarang.

Teman rasa jika ikut peraturan yang betul
MB Perak Pakatan Rakyat akan rela hati letak jawatan
Bukan setakat jawatan MB
malahan rumah rasmi dan Camry turut diserahkan kembali

Apa yang perlu sekarang ni IKUT PERATURAN.
malahan speaker DUN Perak juga dah menghantar surat agar diperkenankan sidang DUN tergempar.
Ampun Tuanku DYMM Sultan Azlah Shah, patik mohon agar sidang itu diperkenankan agar rakyat kembali aman damai.

Lagi pun apa dibuatnya YAB Nizar tu jadi MB lagi
Bukannya ada gaji (gerenti gaji dah pi ke MB baru).
Bukannya orang bagi masuk pejabat (kalo masuk pun kena halau buat apa)
Yang YAB Nizar nak agar pelucutan jawatannya perlu mengikut peraturan.

Kalo tak nak ikut peraturan pun
apa kata Pejabat Istana Perak keluarkan satu surat rasmi perlucutan jawatan YAB Nizar sebagai MB Perak

Cuba cuba le mudahkan benda yang senang...

No comments:

Post a Comment