dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 February 2009

bila teman jalan jalan

Dah lama teman tak keluar Bandaraya Ipoh waktu malam
Sejak teman tak keroje ni rasa maleh tu makin menjadi jadi

Tetiba ada SMS bagi tau event kat rumah MB
HIMPUNAN KEMBALIKAN KERAJAAN RAKYAT
dan kebetulan pulak ada member nak pegi (yang penting ada transport)
pucuk dicita ulam mendatang

Lepas maghrib semalam teman dah ready kat Kelab Anje
Pekena segelas ayo sementara menunggu
Eluk abih je ayo partner in crime teman pun sampai
"ajengan handei mike adjust time, eluk je ayo abih; mike muncui", kata teman pada kawan teman tu tapi dalam hati je la

Kami kemudian lalu ikut Ipoh Parade. Apa yang menariknya laluan Ipoh Parade ini the only one laluan yang berjaya menembusi satu sekatan polis yang bertugas menutup jalan. Kirenya kami berada dalam kawasan jalan yang ditutup. Kalo ikutkan hati mau kami park je kereta kat area tertutup tu tapi untuk mengetahui keadaan trafik dan laluan yang ditutup maka kami keluar dari kawasan tu dan melayan trafik melalui Hotel Robin dan tembus balik ke jalan utama (kalo tak silap Jalan Sultan Yusuff) lalu depan pejabat lama kawan teman (katanya), Sin Chew Daily di Jalan Leong Sin Nam. Kami kemudian pusing bangunan Hotel Excelsior lalu ikut belakang dan park kereta bersebelahan bangunan Sin Chew Daily tu.

Ini baru betul jalan jalan ke rumah MB namanya. Sepanjang kami berjalan kami snap beberapa gambo untuk kenangan. Walaupun pancit tetapi teman puas hati sebab bukan senang nak jalan lenggang kangkung kat jalan depan gereja st michael tu. Kalo siang hari kome cuba cuba jalan jalan macam teman dan kawan teman jalan, samada tak kena hon atau kena maki BODOH mau kome kena sodok ngan kereta.

Sampai je ke main gate teman terus masuk kedalam. Kat dalam tu kena sampuk dek seorang kawan lagi. Sempat snap gambo. Seterusnya teman masuk kedalam dan terus mencari Bilik Media Bloggers@Network Perak. Fuh sibuk sey dalam tu.

Bila teman keluo bilik media teman terkejut.... UMANG AIIII ramainya rakyat. Eluk sahaja ceramah dah mula teman pi snap gambo lagi. Kemudian sambil minum ayo teman duduk menikmati ceramah dari Presiden TERAS, MB Perak, Timbalan Presiden DAP, Presiden PAS dan Ketua Umum PKR.

Dalam ketawa terselit sinisnya
dalam takbir terbuka mindanya
dalam berucap terserlah tanggungjawabnya
dalam berdoa terasa kekuatannya

2340hrs jalan kaki ke kereta. Nak kena rush sikit sebab nak beat traffic dan yang kedua appointment dengan ESPN untuk West Ham vs Man Utd.

sedikit gambar sebagai kenangan
(kualiti kurang menakjubkan sebab jurugambar adalah seorang amatur)



wa chow sin

No comments:

Post a Comment