dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 February 2009

buka pekung di dada

teman dok follow jugak cerita kapten zahar tu
dari dia berkhidmat atas label UMNO
sampai la di keluar UMNO dan hijrah ke PAS

teman bukan cerita pasai hijrah dia tu
tapi teman nak cerita penerimaan penyokong
ada yang suka ada yang tidak
yang setuju akan ikut dengan rela hati
yang tak setuju akan kutuk

bila dah tak setuju tu
macam macam la cerita keluar
walhal dulu masa dia atas label umno
tak de pun teman dengo bunyi apa apa
semuanya elukkkkkk je

pendapat teman kalo pemimpin tu tak best
buat apa didiamkan
baik le sound je apa yang patut
bagi pemimpin tu sedo diri sikit

jangan le simpan keburukan pemimpin tu
bila dia hijrah ke parti lain
baru nak bukak cerita
time tu dah tak guna dah

maknanya masa pemimpin tu jadi pemimpin umno
semua yang buruk nampak baik je
bila dia hijrah
yang buruk nampak baik
dah jadi buruk bertambah buruk

malahan secara tak langsung
tindakan itu bak membuka pekung didada
seperti meludah kahak ke langit
kahak tu terpalit ke muka sendiri jua

2 comments:

Pasong said...

kapten zahar dah kecewa ngan umno tu.. harap skrg dia blh support sponser pas di PJS..

peihong said...

memang itu yang dia buat... pejabat umno dah tuko jadi pejabat pas. sebab office tu dia yang punya.

teman ni bukannya apa lepas je dia keluo macam macam cerita buruk teman dengo walhal masa dia dalam umno semua senyap je.

itu cerita cerita dari penyokong yang tak suka dia hijrah kot. hehehehehee

apa pun selamat datang ke blog merepek teman ni

Post a Comment