dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 February 2009

Casuarina

Makan free. Minum free. Asap rokok berkepul kepul. Semua sofa penuh. Ada dato'. Ada datin. Ada jugak yang tengah congak kawasan balak. Ada jugak dok huloq proposal projek.

Lobi Casuarina

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

No comments:

Post a Comment