dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 February 2009

cerita seorang rakan

semalam teman tido lambat
nengok bola

bangun je tido teman nengok
ada 20 sms
ada 15 miss call

15 sms dari nombor handphone teman sendiri
5 sms dari nonbor yang sama (rakan teman)
miss call juga dari nombor yang sama dengan nombor sms.
sms pun ayat yang sama
"wei aku ada masalah ni. ko kena tolong"
gitu le bunyi sms rakan teman

mak aih ada beso masalah problem rakan teman ni? pikio teman

teman settlekan apa yang patut dulu.
lepas lunch baru teman anto sms kat rakan teman tu

memang teman ni lembab nak layan sms atau miss call bila baru bangun tido
kecuali yang betul urgent atau yang xplain detail dalam sms.
setakat ayat macam ni teman abaikan dulu
bukan tak prihatin tapi pejabat teman mula beroperasi lepas lunch

lepas makan teman sms rakan teman tu
"masalah problem apa tu weh"
gitu le sms teman pada rakan tu.

tak sempat keypad handphone teman lock
ada call masuk
bukan nombor mobile tapi nombor landlines
teman pun jawab...

rakan : salam

teman : salam

rakan : baru mangun ka?

teman : sudah lama. dah lunch pun. apa hal call aku berkali kali; siap dengan sms.

rakan : ko pun tau kan koje aku sebagai auditor ni banyak jalan jalan. sekejap kat hq kejap kat branch, kejap kat utara dan kejap kat selatan.

teman : tau... dah itu termaktub dalam skop keje ko. ate ngapa? dah fedup ke?

rakan : tak lah aku enjoy ngan keje aku ni cuma aku tengah susah hati.

teman : susah hati ngapanya? ko seleweng duit ke?

rakan : idak le kesitu pulak. ni masalah lain.

teman : masalah apanya (teman dah mula fedup)

rakan : aku kalo pi outstation guna kereta sendiri sebab itu dah dalam insentif keje aku. minyak dan repair semua company tanggung.

teman : habih tu apa masalahnya?

rakan : aku takut kena tangkap atas tuduhan rasuah

teman : rasuah apa kebendanye ni

rakan : tak la aku tengok mb selangor yang guna kereta sendiri pun nak kena saman sprm. aku takut aku pun kena sebab cara aku ngan mb selangor tu sama je. kereta sendiri tapi rosak dan maintainance semua claim company.

teman : hahaha (gelak beso teman) aku nak tanya 2 soalan. ko balik kampung atau pi jalan jalan bawak family, claim company jugak ke?

rakan : tak lah sebab aku ada kereta lain. kereta iswara ni memang untuk aku pakai pi keje je. untuk balik kampung atau jalan jalan ngan family aku pakai naza.

teman : ok good. soalan no 2 ko ada tambah spoiler; tambah sport rim; buat tinted atau modified yang tak sepatutnya pakai duit company tak?

rakan : cheh apa ke jadahnya aku nak buat macam tu. tak termasuk dalam claim yang dibenarkan. iswara ni masa beli dah siap tinted. lain lain semua standard.

teman : kalo macam tu tak de masalah. ko tak salah guna kuasa. ko tak seleweng duit syarikat. ko tak tipu syarikat. jangan le risau tak tentu hala.

rakan : tu yang aku telepon ko tu. mintak pandangan. aku tau aku tak salah cuma nak kan kepastian.

teman : kalau tak salah jangan risau. kalo ada yang repot sprm ko layan je repot tu. apa mau takut sebab ko tak salah

rakan : kalo macam tu lega sikit kepala aku. terima kasih dengan nasihat ko tu. nanti kalo aku pi ipoh kita boleh pekena teh.

teman : ok no problem. aku tolong mana yang mampu je. kalau datang ipoh bagitau aku.

rakan : ok. aku chow dulu. thanks. bye. salam.

teman : salam.

wa chow sin

No comments:

Post a Comment