dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 February 2009

Durian Runtuh Lagi

Dengan perletakkan jawatan YB V. Arumugam N25 Bukit Selambau, Kedah maka semestinya akan pilihanraya kecil akan datang ke sana juga.

wah wah wah
untung la hampa orang bukit selambau
banyak la projek
banyak la gula gula

Jangan lupa esok pi apply lesen kontraktor kelas F
bagi tau majlis daerah supaya bukak fail lama
tengok kalo ada permintaan yang masih pending
bila lagi nak merasa jalan ke rumah berturap tar

tapi jangan dok harap sangat ramai pemimpin turun no
pasai depa pun sibuk
maklum la nak bertanding pemilihan parti pulak

kalo asyik dok turun jaga orang bukit selambau
habih pulak ongkos
bila ongkos habih macam mana nak kau tim sama perwakilan
bila perwakilan tak di kautim
mana boleh menang dalam pemilihan parti

teman akan memerhati sambil pegang pen dan calculator
nak kira berapa billion pulak BN nak perabih kali ni

wa chow sin

No comments:

Post a Comment