dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 February 2009

gentleman of the east

Dato' Seri Hj Nizar telah mentalqinkan jenazah Allahyarham Hj Roslan Shahrom di tanah perkuburan Kg Changkat Larang. Kandungan talqin yang disampaikan cukup menyentuh perasaan orang ramai yang mendengarnya, kerana ia bukan sahaja menyentuh perihal si mati, bahkan mengingatkan juga kepada yang masih hidup supaya menghayati tuntutan syahadatain.

Masih mampu tersenyum bila puluhan SB disekelilingnya dipejabat SUK dalam usaha untuk ke masuk ke Pejabat MB. Walaupun tahu akan adanya anggota polis, SB dan FRU YAB DS Nizar tetap mahu ke pejabat.

Dato' Seri Hj Nizar muncul menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perak dengan Kelantan di Stadium Negeri Perak malam tadi. Kemunculannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton-penonton bola sepak. Hj Nizar adalah Presiden PAFA. Tan Seri Anuar Musa, Presiden KAFA juga turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut (siap duduk sebelah lagi). Kehadirannya ke stadium menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar, dalam kemelut politik yang belum ada tanda berkesudahan, beliau tetap menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Presiden PAFA. Kehadirannya turut membangkitkan semangat skuad Seladang walaupun tewas 2-3.

Kelihatan Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Ir Nizar Bin Jamaluddin bersama Setiausaha Politik Ust Misbahul Munir Masduki menjamu selera di Kantin SUK Negeri Perak, situasi ini adalah perkara biasa setiap hari.


RASMI... Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada perasmian Model Ladang Padi Sime Darby Plantations di Ladang Tali Ayer di Bagan Serai pagi ini. Mohamad Nizar, yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, hari ini telah dititahkan supaya meletakkan jawatannya itu oleh Sultan Perak.

Sememangnya YAB Dato' Seri Ir. Mohd Nizar adalah seorang pemimpin berjiwa Tuah berfikiran Jebat walaupun diuji dalam kemelut politik yang belum ada tanda berkesudahan, tanggungjwab yg diamanahkan tetap dijalankan.

Sememangnya teman berbesar hati menganugerahkan title GENTLEMAN OF THE EAST buat YAB Dato' Seri Ir. Mohd Nizar.

Baris... Tabik hormat... TABIIIKKKKKKKKKK...... HORMAT

SALUTE

No comments:

Post a Comment