dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

06 February 2009

Hujan

Ipoh hujan mulai 1300hrs tadi
jalan nazrin shah ditutup
kalo nak lalu kena sembang sembang ngan pak polisi
sampai post ni ditaip hujan masih turun

tak tahu samada hujan rahmat untuk BN
atau hujan tangisan tumbangnya PR

bagi teman hujan ni rahmat ALLAH
bertambah nikmat rahmatnya bila boleh tarik selimut
berganda nikmat rahmatnya jika tidak keseorangan dibawah selimut

wa chow sin

No comments:

Post a Comment