dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 February 2009

istana dan mahkamah

dua instituisi yang mejadi perhatian hari ini

Di Istana Negeri Perak menantikan keputusan tentang Kerajaan Negeri Perak

Di Mahkamah Tingi Ipoh pula Speaker DUN Perak sedang failkan pengesahan pengosongan DUN Behrang, DUN Changkat Jering dan DUN Jelapang seperti yang termaktub dalam surat akujanji yang juga surat perletakan jawatan.

Tak lupa juga berita dari Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membicarakan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mana Koperal Sirul Azhar Umar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

No comments:

Post a Comment