dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

14 February 2009

jantung berdegup kencang

masa mula mula kira rasanya tak de masalah
tapi tetap rasa tak puas hati
kira la lagi sekali
memang dah tak de masalah
smooth as silk
kata orang putih

cuma napa hati rasa gundah gulana?
ngapa jantung berdegup kuat

fikir sampai gugur rambut
kaji sana kaji sini

Plan pertama fitnah rasuah OK
Plan kedua bawak lari OK
Plan ketiga ugut OK
Plan keempat kasi wang lompat OK
dapat 2 orang

Plan kelima janji kasi jawatan exco dan camry (setakat janji) OK
Plan keenam kasi wang lompat OK
dapat seorang lagi

nak kasi selesa sikit
Plan ketujuh pujuk (tak tau samada pujuk atau ugut) OK
dapat seorang yang lompat sana lompat sini

Plan kesembilan buat press conference OK
Plan kesepuluh jumpa dan manipulate sultan OK

memang dah tak de masalah
kalo ikutkan memang untung belah BN
sebab rakyat akan marah
kena pulak rakyat yang sokong PR

penyokong bila dah marah
penyokong akan berontak
bila penyokong berontak
BN tuduh ini hasutan pemimpin PR

Jadi memang BN akan untung besar
wah satu negeri BN dapat

tapi jantung masih dup dup dup
berdegup dengan kencang
peluh merecik di dahi
hai lah jantung kenapa bergedup kencang?
sedangkan perancangan berjalan lancar

seorang ahli parlimen meninggal (al-fatihah)
seorang adun letak jawatan
pilihanraya kecil 7 april
adakah degupan jantung yang kencang memberi tanda?
jika sebagai tanda kenapa jantung masih berdegup degap?

capai kalendar kuda di dinding
tengok bulan mac 2009
10 mac bentang bajet mini
paper ni dah ready
staf di MOF dah siapkan

24 mac - 28 mac mesyuarat agung umno
ada pemilihan presiden
aku dah menang tanpa bertanding (kononnya)
akan adakah foulplay dari presiden sekarang?
jantung makin berdegup kencang

29 mac penamaan calon di dua bukit (hmmmm dua bukit sambil menjeling ke katil)
ahhh ini small matter (sambil mata kembali ke kalendar walaupun ingatan tetap pada 2 bukit)
bagi je timbalan pengerusi handle
lagi pun time tu aku dah presiden
mesti mau dengar cakap bos
lagi pun aku sibuk
sibuk nak pi fitting baju untuk angkat sumpah sebagai PM

tangan selak kalendar
bulan april 2009
hari mengundi di 2 bukit 7 april
masih small matter
menang atau kalah
aku sudah menjadi PM

yang hairan jantung makin berdegup kencang
bila melihat nombor nombor mewakili april 2009
apa yang tak kena ni?

wahai otak fikirlah (lalu pejam mata)
suasana hening sekitika
bagaikan terdengar libasan sayap nyamuk
terbang mencari mangsa

HUH!!!! (lalu bingkas bangun)
dua bukit bergolak di atas katil

Sidang DUN Perak april kan?
speakernya masih v.sivakumar kan?
v.sivakumar memang declare 3 adun tu dah letak jawatan kan?
jadi v. sivakumar akan halau 3 adun lompat dari masuk dewan kan?
usul tidak percaya dari BN speaker boleh tolak kan?

maka jantung terus berdegup kencang...

No comments:

Post a Comment