dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 February 2009

jom berniaga khemah

lanjutan dari post teman pasai RM15 juta yang digunakan oleh PDRM masa PRK KT

ini pecahannya

* Travelling and living allowance - RM2,700,000 (masuk elaun kritikal kot)
* Foodstuff and accommodation - RM4,500,000 (banyak kuat makan looo)
* Dried food and beverages - RM65,000 (berapa banyak food daaa?)
* Communication and utilities - RM50,000 (tak kan beli barang baru kot)
* Canopy rental - RM6,000,000 (deme kate khemah ada aircond)
* Fuel and spare sparts - RM698,000 (termasuk minyak helicopter kot)
* Raw material and others - RM310,000 (apa yang raw dan apa yang other)
* Maintenance and minor repairs - RM830,000 (siap ngan repair helicopter la kot)

* Total expenditure incurred by rakyat - RM15,153,000

Nengok kan pecahan kat ataih nu; teman dok ingat nak buat bisnes rental khemah le. Income yang masuk menarik perhatian. Ini baru khemah di Kuala Terengganu. Untuk 2-3 bukit tu nanti gerenti deme nak khemah jugak.

1 PRK = RM 6 juta
2 PRK = RM 12 juta
3 PRK = RM 18 juta
4 PRK = RM 24 juta

kalo dari PRK Kuala Terengganu PDRM guna supplier yang sama. belum cecah 3Q 2009 company tu yang make sale RM 24 juta. Boleh masuk second board ni.

Bayangkan
Ramasamy & Muniandy Canopy Rental Services Enterprise listing kat second board BSKL

GEMPAQ sey...

Kalo bubar DUN Perak?
59 PRK?
kome sendiri kira le.....

p/s : ada sesiapa nak JV ngan teman ke?

wa chow sin

No comments:

Post a Comment