dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 February 2009

kasut

sumber gambar dari sini

dengo khabo permainan tradisional tuju kasut kembali famous
bukan setakat dimainkan oleh budak budak malahan orang tua pun turut main sama
bukan setakat di kampung je orang main
di bandar pun sama

dengo khabo juga ada ura ura permainan ni nak dinaiktaraf supaya menjadi
salah satu acara dalam SUKMA nanti

dari sumber statistik tidak rasmi
permainan ini banyak dimainkan di negeri Perak
mungkin Perak nak melatih jaguh untuk ke SUKMA
atau ada pemimpin yang perlu dibaling kasut dan pengundi semua giat berlatih

wa chow sin

No comments:

Post a Comment