dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 February 2009

kenapa perlu bubar

ini adalah pendapat teman
mengapa perlu bubar DUN Perak.

1. Untuk beri peluang kepada rakyat memilih. Inilah demokrasi namanya sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan bekerja untuk rakyat.

2. Untuk memastikan tiada pergolakan dalam rakyat. Don't under estimated people power.

3. Untuk menteluskan sesebuah kerajaan. Ini penting untuk mendapat kembali rasa hormat rakyat kepada kerajaan memerintah. Sanggup ke memerintah jika asyik dimaki hamun, dikeji dan disumpah seranah.

4. Untuk memastikan lepas ni tak de cerita lompat lompat parti. Sanggup ke selang setahun bubar DUN pasai bila ada je ADUN tak pueh hati lompat ke side satu lagi. Dengan adanya pilihanraya negeri semula maka parti yang bertanding akan menapis calon yang dipertandingkan. Secara tak langsung pilihanraya negeri ini akan menjadi penapis kepada kualiti calon.

Cuma kalo boleh bubar bersyarat

syaratnya

1. Yang kalah perlu akur kemenangan pihak lagi satu. jadi tak de cerita lompat lompat ni lepas ni

2. Jika ada lompat lompat juga maka secara automatik hilang kedudukan ADUN

Teman ingat kalo boleh buat macam tu....
baru le hidup rakyat Perak aman damai
tanpa pilihanraya setahun sekali.

wa chow sin

No comments:

Post a Comment