dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 February 2009

Lakaran Satu Hari

dari loretan mata hati yang agak tumpul akhir-2 ini...
setelah sekian masa diluangkan di perkarangan...
sepanjang karangan ayat yang cuba digubah...
sependek akal untuk teman memikiorkannyer...
kesimpulan yang dapat teman rungkaikan...
rumusan terhadap kejadian yang sedang berlaku...
hanya satu perkara yang merunsingkan kepala...
dimanakah hendak dituju rakyat jelata...

prinsip dan pegangan...
hanya tinggal kenangan...
kita diajar dengan penuh penghayatan...
tentang 5 prinsip rukun negara...
tentang 5 prinsip rukun kepercayaan agama kita...
tentang falsafah kenegeraan...
tentang falsafah pendidikan...
tentang ikrar kepada negera yang dicintai...
tetapi...
perkara dinahari ini...
menyebab kita mahu melupakan...
apa yang diajar...
apa yang difahami...
apa yang diteladani...
kerana kepercayaan,kefahaman dan kecintaan kita...
telah dicabuli...
oleh kerakusan mengejar harta dunia...
kerakusan mengejar kuasa...
kerakusan mengejar pangkat dan darjat...
kerakusan nafsu haiwan bertopengkan manusia...

pehhhhhhhhhhhh...
panjang intro teman kali ini...

logikalnyer aper yang teman faham,dengar dan lihat, setelah berhari-hari menghurung isu pergolakan politik di perak ini...betapa satu keputusan dan tindakan telah merubah pandangan...merubah kepercayaan...kepada satu institusi yang selama ini diagungkan oleh rakyat perak kerana sokongan institusi tersebut terhadap kerajaan pilihan rakyat yang dahulunye nampak tiada berbelah bahagi...betapa selama ini rakyat menyanjung dan memuji telah bertukar menjadi caci maki dan sumpah seranah...

namun disini, lontaran kritikan teman bukanlah terhadap institusi tersebut, tetapi terhadap segrombolan umat yang sama kepercayaannyer dengan teman, tetapi fahamannyer yang amat jauh berbeza dan menyimpang dari norma dan lunas pemikiran manusia...kritikan teman nih berlandaskan tindakan demi kerakusan mereka-2 ini sehingga mempalitkan satu coretan sejarah gelap kepada institusi tersebut...sejarah gelap yang dahulunyer telah dijernihkan 25 tahun dahulu... setelah digelapkan oleh yang terdahulu daripadanyer... rupernyer penah lelah selama 25 tahun membersihkan kutukan dan kebencian orang terdahulu senang sahaja dicabuli oleh grombolan manusia tadi...

bayangkan kalau mereka tidak bertindak sedemikian...alangkah bahagianyer institusi tersebut meneruskan kegemilangan pemerintahan mereka...

madah berhelah ler pulak...

rentetan terhadap tindakan barisan kepimpinan dato seri najib dan BN perak,sesungguhnyer telah menghakis kemulian dan kemahsyuran institusi kesultanan di perak...sehinggakan terpaksa menutup salah satu sumber hubungan rakyat dengan sultan secara maya kerana tidak tahan dengan kutukan dan kebencian yang ditunjukkan rakyat jelata terhadap tindakan beliau...adakah ini termasuk dalam rancangan dato seri najib...???

tohmahan demi tuduhan...isu menjerit di hadapan SUK, isu saman Sultan, isu derhaka perintah, isu keganasan rakyat, berlegar-legar di kanta ONE EYE MONSTER...kebenaran jauh sekali, manipulasi media terang-terangan, cuba membasuh minda rakyat jelata bahawa yang mungkar itu parti lawan, yang ganas itu parti lawan, yang laknat itu parti lawan... sambil asyik mengalun......SEDARLAH WAHAI PARTI LAWAN KAMU DAH TUMBANG...

kalau masih lagi rational fikiran dan benak hati...??? tidakkah anda terpikir... tuduhan dan tohmahan mereka ini seolah melambangkan bahawa, kerajaan yang telah dipilih rakyat ini dulu ini bersikap bebudakan... tidak berakal...tidak bermoral...tidak profesional...??? oleh yang demikian adakah mereka juga mengandaikan rakyat juga sama...sama jer kebudakkan nyer...sama tidak berakalnyer...sama tidak bermoralnyer dan sama tidak profesionalnyer...???

undi rakyat adalah undi masa depan mereka...namun jika hanya picisan sahaja layanannyer, adakah layak lagi mereka terima undi rakyat sejelata lagi...layakkah mereka menampakkan diri mereka lagi sedangkan rakyat terus menderita...layak lagi mereka ini terus memimpin negara...??? mungkin diatas kertas hebat namun bukan di alam realiti nyer...

akhir kalam...tentangan rakyat ini bukan hanya datang dari rakyat perak sahaja... sebenarnyer ia datang dari seluruh rakyat jelata seluruh tanah air...

p/s masakan boleh satu poll di kaca tv baru-2 ini,96% undiannyer menyatakan disebalik tindakan dan keputusan yang telah dibuat...makner nyer undi kome tu takder makner nyer...

No comments:

Post a Comment