dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

20 February 2009

Langgam Pak Dogo - M. Nasir



tabik sikik bjale pengasuh
kalau banyak blari
arok tibo menuju
ai di pade luah sejano.. pade.. che wea..

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!

Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan duk nengung sugul
Adat wira haruh tehe uji

dan kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

c/o :
Langge Dogo langge keramat
Bisik-bisik dale kelambu
Lagok bodo tapi bersengat
bele ngelik dio dio main main siku

Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh

Bersambunglah litar dentung dente
Hujan tak turun laut berlimpahea
ghalik merancang dende sribu male
koho sie koho bergando rawea

Keronsang terlekat kerana peniti
Hujung pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang

No comments:

Post a Comment